Skip to main content
Home
Youth National Chairman
MCA Youth History
Organizational
In The News
Activities
Leisure Corner
Website Links
Sitemap
Contact Us
  
Sitemap | Bookmark |
Go Search

RESOLUSI-RESOLUSI PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA MCA KEBANGSAAN KE-44 

RESOLUSI-RESOLUSI PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA MCA KEBANGSAAN
YANG KE-44 ( 18hb Ogos 2007 )

HAL EHWAL PARTI:

Rasional:
Parti perlulah menarik minat penyertaan golongan muda untuk menyertai MCA dalam usaha untuk memperkasakan parti kerana semua parti kini sedang merekrut lebih ramai golongan muda yang berintelek tinggi ke dalam parti-partinya.

Resolusi (1):

Menyokong penuh dan merealisasikan 9 Agenda Platform Parti serta berharap pucuk pimpinan Parti akan menyediakan ruang yang lebih besar kepada Pemuda MCA untuk memainkan peranan serta menetapkan strategi untuk menarik minat penyertaan pemuda Cina di setiap lapisan masyarakat bagi menyertai MCA demi melatih Pemuda MCA sebagai pelapis pucuk pimpinan MCA pada masa
hadapan.

PENDIDIKAN:

Rasional: Pada tahun 2003, kerajaan telah menetapkan bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik haruslah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Namun di bawah usaha MCA, bahasa Cina masih merupakan bahasa utama dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di SJK(C). Para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2008 sehingga kini masih tidak mengetahui jenis bahasa yang akan digunakan dalam kertas peperiksaan mereka memandangkan hal tersebut masih belum mendapat kata putus dari Kementerian Pelajaran
. Ketidaktentuan ini bagaimanapun telah menimbulkan kerisauan dalam komuniti Cina.

Resolusi (2
):

Menegaskan bahawa soalan peperiksaan UPSR tahun 2008 bagi subjek Sains dan Matematik haruslah disediakan dalam bahasa Cina dan menyeru Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan sistem peperiksaan tersebut demi mengekalkan identiti SJK(C).

Rasional: Segelintir guru besar SJK(C) yang telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian untuk menerima guru Melayu yang tidak fasih berbahasa Cina sebagai guru pemulihan telah menimbulkan ketidakpuasan hati
dalam masyarakat Cina. Walaupun Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Hon Choon Kim, telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menarik balik atau membatalkan arahan tersebut namun kejadian tersebut telah meninggalkan impak yang negatif di kalangan masyarakat Cina.

Resolusi (3
):

Dulu, kini dan selama-lamanya membantah tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru-guru yang tidak fasih berbahasa Cina sebagai guru pemulihan di sekolah Cina agar ia
tidak menjejaskan identiti SJK(C) yang sediada.

Rasional: Tindakan penguatkuasaan segelintir pegawai pelajaran daerah, kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan terhadap guru-guru yang mengajar tuisyen sebagai kerja sambilan telah mendapat bantahan kuat dari segenap lapisan masyarakat. Keadaan bertambah buruk apabila pegawai-pegawai tersebut menyuruh para pelajar untuk menjadi saksi dalam tuduhan terhadap gurunya sehingga menjejaskan rasa hormat pelajar kepada guru berkenaan. Tindakan itu juga mengakibatkan
guru tersebut tidak berani untuk memberi tuisyen lagi serta hal ini telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan ibu bapa pelajar.

Resolusi (4
):

Menyeru Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghentikan tindakan terhadap guru yang mengajar tuisyen sebagai kerja sambilan. Kami sebaliknya menyeru kementerian tersebut untuk menetapkan suatu garis panduan dan mekanisme pemantauan yang lebih jelas bagi mengelakkan sebarang kepincangan daripada berlaku sekali gus  membenarkan guru menyambung kembali kelas tuisyen
nya.

Rasional: Kabinet pada tahun 2002 telah memperuntukkan sebanyak 10% kemasukan di peringkat Matrikulasi bagi kaum bukan Bumiputera. Sehingga kini, kemasukan ke peringkat Matrikulasi sentiasa mendapat sambutan yang hangat dengan permintaan melebihi jumlah bilangan tempat yang ditawarka
n.

Resolusi (5
):

Menyeru Kementerian Pelajaran untuk menawarkan lebih banyak tempat dalam Program Matrikulasi supaya lebih ramai pelajar bukan Bumiputera turut berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat
Matrikulasi bagi meningkatkan semangat perpaduan di antara pelbagai kaum.

Rasional: Di bawah usaha gigih MCA dan Pemuda MCA, sebanyak 2000 biasiswa JPA yang bernilai RM1 bllion telah berjaya diperoleh dari tahun 2000 sehingga kini.
Untuk tahun ini pula, JPA telah mengumumkan sebanyak 8,000 biasiswa akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berjaya dalam permohonan mereka.

Resolusi (6
):

Menyanjung tinggi and menyokong penuh usaha pucuk pimpinan MCA dalam memperjuangkan biasiswa JPA tajaan luar negara yang lebih banyak demi manfaat pelajar-pelajar kaum Cina. Selain itu, Pemuda MCA berharap Parti akan terus melipatgandakan usaha dalam memperjuangkan pemberian Biasiswa JPA bagi mahasiswa/mahasiswi Cina di IPTA dengan harapan ia akan dapat meningkatkan lebih ramai graduan kaum
Cina berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam.

Rasional: Kementerian Pelajaran telah menetapkan mekanisme pengiraan markah purata ko-kurikulum berdasarkan penglibatan selama 5 tahun di sekolah menengah. Namun dalam tempoh peralihan ini, pihak sekolah telah menggunakan kaedah pengiraan markah ko-kurikulum yang berlainan sebelum mekanisme pemarkahan ko-kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan sepenuhnya. Penggunaan markah ko-kurikulum berlainan oleh pihak sekolah telah menjejaskan peluang kemasukan pelajar ke IPTA. Tambahan pula, sekolah swasta langsung tidak diundang untuk melaporkan markah ko-kurikulum kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan ini menjejaskan peluang memasuki IPTA bagi calon swasta STPM. 
 

Resolusi (7
):

Menyeru Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius terhadap masalah ini dan mengenalpasti sekolah-sekolah m
enengah yang menggunakan kaedah pengiraan markah purata ko-kurikulum yang berlainan bagi pelajar STPM. Hal ini adalah kerana sebahagian pelajar tersebut tidak berjaya mendapat tawaran kursus pilihannya kerana pengiraan markah ko-kurikulum yang kurang tepat. Pemuda MCA menyeru Kementerian Pengajian Tinggi agar bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memantau pemarkahan ko-kurikulum oleh semua sekolah dan kolej matrikulasi agar ianya dijalankan secara telus dan adil. Di samping itu, sekolah swasta perlu diberi peluang untuk mengisi markah ko-kurikulum bagi calon swasta STPM. 

EKONOMI

Rasional:
Baru-baru ini, Jabatan Pelajaran Negeri telah mengarah semua Kooperasi Sekolah yang membeli alatulis/buku melebihi RM10,000 perlu dibekalkan oleh pembekal Bumiputera. Di samping itu, banyak jabatan kerajaan telah mengeluarkan arahan atau surat pekeliling supaya kontraktor Bumiputera mesti mendapatkan bekalan bahan binaan daripada pembekal Bumiputera sahaja dan hal ini telah menjejaskan peluang keusahawanan kaum Cina.

Resolusi (8
):

Menyeru jabatan kerajaan untuk menghentikan arahan hanya membenarkan monopoli kontraktor bumiputera dalam pembekalan barangan kepada jabatan kerajaan kerana tindakan sedemikian telah melanggar prinsip persaingan secara adil.

Rasional: Kecuaian dalam pembinaan bangunan kerajaan telah menimbulkan ketidakpuasan dalam masyarakat kita. Selain itu, ramai ahli perniagaan Cina telah mengadu tidak berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9).

Resolusi (9
):

Menyeru jabatan kerajaan supaya lebih berhati-hati ketika memilih kontraktor supaya kejadian seperti ketidak-sempurnaan & kebocoran bangunan kerajaan tidak berulang lagi. Selain itu, Pemuda MCA turut menyeru kerajaan supaya bertindak lebih adil bagi membenarkan para peniaga Cina untuk turut serta dalam semua projek dan kontrak yang dilaksanakan oleh kerajaan.

KESELAMATAN

Rasional:
Tahap keselamatan awam yang semakin meruncing telah menimbulkan kemarahan dalam masyarakat dan pihak polis turut diseru untuk meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengembalikan keyakinan masyarakat.   

Resolusi (10):

Menyeru Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk memperbaiki tahap keselamatan awam. Pihak polis perlulah meningkatkan keberkesanan kerjanya serta serius dalam menyelesaikan setiap kes bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap polis.

KEBUDAYAAN

Rasional: Para pelajar pelbagai kaum  kini kurang memahami jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh Tun Tan Cheng Lock dan menegaskan bahawa sumbangan ketiga-tiga kaum dalam memperjuangkan kemerdekaan negara perlu
ditekankan.

Resolusi (11
):

Menyeru Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia (KeKKWa) untuk membina sebuah Memorial Peringatan Tun Tan Cheng Lock bagi mengiktiraf jasa pengasas Parti MCA dalam memperjuangkan kemerdekaan negara serta usaha bekas-bekas pemimpin veteran MCA dalam sejarah pembinaan negara. Selain itu, Pemuda MCA juga menyeru Kementerian Pelajaran untuk turut merekodkan sumbangan Tun Tan Cheng Lock serta kaum Cina dalam pembinaan negara di dalam buku teks S
ejarah.   

HAL EHWAL KERAJAAN

Rasional: Public Performance Malaysia (PPM) tidak pernah mengemukakan akaun mahupun menyenaraikan kesemua dua juta buah lagu yang didakwa adalah hak miliknya. Tindakan PPM yang bertindak tegas dalam pengutipan bayaran royalti lagu telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Pemuda MCA telah bertindak menyeru PPM untuk mengemukakan akaunnya serta menyenaraikan kesemua lagu di bawah hak miliknya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun wakil-wakil PPM bersikap keterlaluan dengan menuduh Pemuda MCA mencari publisiti politik yang murah. Tindakan PPM itu telah mencetuskan ketidakpuasan hati
dalam masyarakat.       

Resolusi (12):

Membantah tindakan PPM secara tidak munasabah dan menyalahi undang-undang dalam pengutipan bayaran royalti penyiaran lagu serta telah mengenakan bayaran royalti penyiaran lagu yang tinggi terhadap kebanyakan peniaga Cina yang bukan bergantung kepada penyiaran lagu dalam menarik pelanggan dan mengaut keuntungannya. Justeru, Pemuda MCA meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memberi definasi jelas terhadap istilah “persembahan awam” serta menghadkan kuasa PPM sebagai penyelesaian mutlak.

 
MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION HEADQUARTERS
8th Floor, Wisma MCA, 163, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: (603)-21618044 Fax: (603)-21619772
Copyright @2007 Malaysian Chinese Association. All Rights Reserved.