Skip to main content
Home
Youth National Chairman
MCA Youth History
Organizational
In The News
Activities
Leisure Corner
Website Links
Sitemap
Contact Us
  
Sitemap | Bookmark |
Go Search

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG 

 
Email to Friend
 

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG DI DALAM
PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

 1)    JAWATAN  (A) - INSPEKTOR (LELAKI/WANITA)

        Rujukan Fail  :  FTMT 20/2007 DLM. KPN (PR) 114/3

 i)   Jabatan                             : Polis Diraja MalaysiA
 ii)  Kumpulan Perkhidmatan     : Pengurusan & Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
iii)  Klasifikasi Perkhidmatan      : Perkhidmatan Polis

 2)     JADUAL GAJI DAN ELAUN       

 Pangkat    

 Peringkat Gaji

 Elaun Khidmat
(RM)    

 Insentif
(RM)

Elaun Perumahan
(RM)
 

 Pelatih Inspektor   

1. 1,423.50 (STPM)
2. 1,664.16 (Diploma)

 160.00

 -

 -

 Inspektor

1,423.50 - 3,710.66 

 160.00

100.00 

420.00 

 Chif Inspektor

2,681.90 - 4,199.80

160.00

 100.00

420.00

 3)   SYARAT LANTIKAN :-     

    3.1    Warganegara Malaysia

    3.2    Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan

    3.3    Kelayakan:-

                3.3.1    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

                           ATAU

                3.3.2    Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan;

                           ATAU

                3.3.3    Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (Termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil

                           Pelajaran Malaysia;

                3.3.4    Calon-calon yang mempunyai kelulusan Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh juga memohon.

                3.3.5    Pemohon mestilah memastikan kelyakan yang dimiliki adalah diiktiraf oleh Kerajaan untuk

                           tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Sila rujuk ke Unit Pengiktirafan Kelayakan,

                           Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengesahkan pengiktirafan

                           kelayakan yang dimiliki atau layari laman web Pengiktirafan Kelayakan www.jpa.gov.my

4)   TARAF JAWATAN

    Taraf jawatan adalah TETAP

5)   KELAYAKAN FIZIKAL

    Kelayakan fizikal bagi jawatan ini hendaklah mempunyai ukuran badan dan pancaindera

    seperti berikut :-

    5.1    Tinggi sekurang-kurangnya 1.63 meter bagi calon Lelaki dan 157 meter bagi calon Wanita tanpa bersepatu;

    5.2    Berat Badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi Lelaki da 48 bagi Wanita;

    5.3    Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (Lelaki sahaja):

    5.4    Lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa

            menggunakan cermin mata;

    5.5    Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan   

    5.6    Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

6)   PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

    Anggota yang memasuki Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim

    Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa

    ke semasa.

 7)   JAWATAN  (A) - KONSTABEL (LELAKI SAHAJA)

        Rujukan Fail  :  FTMT 17/2007 DLM. KPN (PR) 114/4

 i)   Jabatan                             : Polis Diraja Malaysia
 ii)   Kumpulan Perkhidmatan     : Pengurusan & Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)iii)  Klasifikasi Perkhidmatan      : Perkhidmatan Polis

 8)    JADUAL GAJI DAN ELAUN ANGGOTA PANGKAT RENDAH

Pangkat

Peringkat Gaji (RM)

Elaun Khidmat (RM)

Elaun 
Insentif PDRM (RM)

Elaun Perumahan (RM)

Pelatih

897.00

115.00

-

-

Konstabel

897.00 - 2,065.401 

15.00

100.00

275.00

Lans Koperal

1,386.21 - 2,285.94

115.00

100.00

275.00

Koperal

1,071.61 - 2,551.66

115.00

100.00

275.00

Sarjan

 1,513.62 - 2836.62

115.00

100.00

275.00

Sarjan Mejar

1,773.16 - 2,897.80

115.00

100.00

275.00

Sub Inspektor

2,032.71 - 3,157.35

115.00

100.00

275.00

9)     SYARAT LANTIKAN

        9.1     Warganegara Malaysia.

        9.2     Berumur 18 tahun - 26 tahun pada tarikh 1hb Oktober 2007.

        9.3     Kelayakan:

                   9.3.1    Lulus SPM dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

                               (termasuk lulus Ujian Lisan).

                               ATAU;

                   9.3.2    Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian

                              di dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran

                              lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

                   9.3.3    Calon-calon yang memiliki kelulusan Ijazah dan Diploma dari IPTA/IPTS hendaklah mendapatkan

                              kelulusan pengiktirafan dari JPA bagi maksud lantikan ke Perkhidmatan Awam.

10)    Pegawai Rendah Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Tambahan boleh memohon.

         Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk maklumat lanjut.

11)    TARAF JAWATAN

         Taraf Jawatan adalah tetap.

12)     KELAYAKAN FIZIKAL

         Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

         12.1     Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m;

         12.2     Berat badan sekurang-kurangnya 50kg;

         12.3     Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas

         12.4     Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa

                    menggunakan cermin mata;

         12.5     Tidak rabun warna dan pendengaran yang tidak cacat; DAN

         12.6     Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

13)     PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

        Anggota yang memasuki Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim

        Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa

        ke semasa.

14)    DISKRIPSI TUGAS

         Menjalankan tugas-tugas dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan 

         Jenayah Komersil, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan

         Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas. Diantara tugas-tugas tersebut ialah rondaan

         mencegah  jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah,

         mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi  mengawal perairan Negara, bagi

         mewujudkan suasana aman dan tenteram dikalangan rakyat dan Negara.

15)    FAEDAH KERJA

        Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:-

  • Kemajuan Pangkat bagi Inspektor - Selepas 5 tahun berkhidmat dan disahkan jawatan layak dimajukan ke pangkat Ketua Inspektor. (Gaji Permulaan RM 2,681.90).
  • Kemajuan Pangkat bagi Konstabel - Selepas 3 Tahun Berkhidmat dan disahkan dalam Perkhidmatan layak dimajukan ke pangkat Lans Koperal. (Gaji permulaan RM 1,386.21)        
  • Bayaran Intensif Wilayah (bertugas ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya ke semenanjung)
    diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
  • Elaun Pakaian Seragam Inspektor        -       RM 500.00
  • Elaun Pakaian Seragam PRP/Konstabel -       RM 300.00
  • Elaun Sara Hidup                                 -      RM 100.00 - RM 300.00
  • Kemudahan Perubatan

16)     CARA MEMOHON

        16.1     Permohonan hendaklah menggunakan borang POLIS 262 (Pindaan 1/2006) yang boleh

                  didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran dan juga daripada laman

                  web www.rmp.gov.my

        16.2     Semua permohonan hendaklah disertakan dengan;

                  a)     Salinan Kad Pengenalan serta Pemohon dan Ibubapa;

                  b)     Salinan sijil-sijil  kelahiran Pemohon Ibu dan Bapa;

                  c)     Salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR (Kelulusan ijazah dan diploma hendaklah beserta transkrip

                          keputusan semua semester);

                  d)     Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain Sijil Ko-Kurikulum/Sijil Perakuan dan Sukan; DAN          

                  e)     Sijil-Sijil Lain yang berkaitan.

                          (Pastikan kesemua salinan-salinan sijil disahkan oleh Guru Besar/Pendaftar Universiti/Pegawai

                          Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional)

          16.3    Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua

                   Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

          16.4   HANYA BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI BESERTA KESEMUA DOKUMEN-DOKUMEN

                   DI PARA 16.2  SAHAJA YANG AKAN DIPROSES.

           16.5   Permohonan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 23sm dan tuliskan

                   nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

           16.6   Permohonan juga hendaklah disertakan satu sampul surat berukuran 22sm x 11sm bersetem

                   dan beralamat sendiri.

 17)    TARIKH TUTUP PERMOHONAN

          Tarikh tutup permohonan ialah pada : 26 November 2007

18)    ALAMAT PERMOHONAN

         Permohonan hendaklah dihantar kepada:-

            KETUA POLIS NEGARA

            CAWANGAN PERJAWATAN

            (UNIT PENGAMBILAN)

            IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA

            50560 BUKIT AMAN

            KUALA LUMPUR.

 

MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION HEADQUARTERS
8th Floor, Wisma MCA, 163, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: (603)-21618044 Fax: (603)-21619772
Copyright @2007 Malaysian Chinese Association. All Rights Reserved.