Skip to main content
Home
Youth National Chairman
MCA Youth History
Organizational
In The News
Activities
Leisure Corner
Website Links
Sitemap
Contact Us
  
Sitemap | Bookmark |
Go Search

KBS cadang bina enam lagi IKBN 

 
Email to Friend
 
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang membina enam buah lagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menggalakkan golongan belia mempelajari bidang teknikal.

Timbalan Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, setiap tahun IKBN menerima kira-kira 20,000 permohonan tetapi institut itu hanya mampu menawarkan 5,000 tempat.

‘‘Oleh yang demikian, kita merancang untuk membina enam buah lagi IKBN di bawah RMK-9 untuk menampung keperluan yang meningkat dan menggalakkan belia kita belajar bidang teknikal,” katanya.

Tiong Lai berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan asal Ismail, Tiong Lai berkata, kementerian berjaya memberi peluang pekerjaan kepada belia melalui latihan teknikal di IKBN di dalam pelbagai bidang termasuk fotografi menerusi 14 buah institut itu di seluruh negara.

‘‘Kebanyakan pelajar lepasan IKBN bekerja dalam bidang teknikal yang bersesuaian dengan pengajian yang diambil sewaktu di institut itu,’’ katanya.

Menurut beliau, kajian yang dilakukan pada tahun lalu mendapati, sebanyak 66 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan, 20 peratus lagi menganggur manakala 14 peratus melanjutkan pelajaran.

‘‘Sebanyak 76 peratus lepasan IKBN bekerja di sektor swasta, lima peratus lagi di sektor awam dan 17 peratus bekerja sendiri,’’ ujarnya.

-Utusan Malaysia-
MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION HEADQUARTERS
8th Floor, Wisma MCA, 163, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: (603)-21618044 Fax: (603)-21619772
Copyright @2007 Malaysian Chinese Association. All Rights Reserved.