
Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Pemuda MCA Kebangsaan menyambut baik gesaan Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail agar Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) segera memulakan rundingan dengan Tennoji Zoo Osaka (ZTO) bagi menilai mekanisme membawa pulang tiga gajah kita iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK).
Dalam masa sama, Pemuda BN akan menubuhkan Sekretariat Solidariti Bersama DAK sebagai platform penyelarasan advokasi, kesedaran awam dan tindakan berterusan dalam mempertahankan kebajikan haiwan serta memastikan layanan yang lebih berperikemanusiaan terhadap hidupan liar tersebut.
Sebagai langkah permulaan, Himpunan Solidariti Bersama DAK akan diadakan pada ketetapan berikut :
π Dataran Zoo Taiping, Perak
ποΈ 9 Mei 2026 (Sabtu)
β° 10.00 pagi
Dalam himpunan tersebut, satu memorandum rasmi akan diserahkan kepada Pengarah Zoo Taiping bagi menyatakan pendirian dan tuntutan rakyat yang prihatin terhadap nasib Dara, Amoi dan Kelat.
Terdahulu, sebuah video tentang pelancong Malaysia yang melawat Zoo Tennoji di Osaka, Jepun tular dan menimbulkan kebimbangan terhadap keadaan gajah serta habitat yang tidak memuaskan.
Amoi berusia sembilan tahun, Dara (14) dan Kelat (20) dipindahkan ke Zoo Tennoji sebagai sebahagian daripada Program Konservasi Gajah Malaysia bertujuan untuk pembiakan dan penyelidikan.
Sehubungan itu, Pemuda BN mengajak orang ramai bersama-sama memperjuangkan isu ini dan memastikan DAK dapat dibawa pulang ke Malaysia dengan selamat.
Neow Choo Seong
Pengarah Komunikasi Pemuda BN
Ketua Penerangan Pemuda MCA
30 April 2026