Alasan Menteri Ekonomi bahawa pengumuman mengejut penarikan subsidi petrol RON95 dapat mengelak kenaikan harga barang secara berulang-ulang wajar dipersoalkan.

Langkah ini bukan sahaja tidak logik, malah telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan menggalakkan penyebaran berita yang tidak pasti di kalangan rakyat dan pelabur, sekaligus menjejaskan keyakinan rakyat dan para pelabur terhadap kerajaan hari ini.

Hakikatnya, harga barang sememangnya sudah berlaku disebabkan keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari 6 peratus kepada 8 peratus dalam Bajet 2024 tahun lepas, dan juga disebabkan kenaikan tarif air.

Selain itu, YB Rafizi juga harus memberi penekanan kepada penguatkuasaan undang-undang dan juga perangkaan dan pelaksanaan dasar yang efektif dalam pengawalan harga barang. Bukannya memberi gambaran seolah-olah rakyat adalah punca kepada kenaikan harga barangan.

Daripada membuat kenyataan yang seolah-olah mahu mengelak tanggungjawab, YB Rafzii digesa menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri untuk memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

Saw Yee Fung
Setiausaha Agung Pemuda MCA
18 Julai 2024

- Penerangan MCA