
Apakah rasional kerajaan membangunkan sistem Budi Madani berbanding memperkasakan sistem PADU? Ini persoalan yang masih belum dijawab.
Kedua-dua sistem ternyata bertindih data dan fungsinya memandangkan Budi Madani terpaksa mengambil data daripada PADU sebagai Pengkalan Data Utama.
Dan sejauh mana pula kebenaran kata-kata Timbalan Menteri Kewangan, YB Lim Hui Ying bahawa Budi Madani dicipta penjawat awam tanpa melibatkan kos?
Sedangkan sistem PADU dahulunya juga dibangunkan penjawat awam, terutamanya daripada Kementerian Ekonomi, dengan kos sebanyak RM85 juta.
Pewujudan sistem baharu tentunya merumitkan rakyat yang memerlukan, kerana ia melibatkan penyerahan data peribadi sekali lagi, serta pendaftaran semula.
Kerajaan Madani tidak boleh terus memperbodohkan rakyat. Berterus-teranglah tentang kos pembangunan Budi Madani dan bagaimana kerajaan bercadang membiayainya?
Tidak bolehkah kerajaan mengambil data terus daripada PADU bagi tujuan pemberian subsidi diesel tanpa perlu memperkenalkan Budi Madani?
Saw Yee Fung
Setiausaha Agung Pemuda MCA
16 Julai 2024