Apa niat sebenar Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Lim Lip Eng meminta Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan kepada dua orang ahli Parlimen MCA iaitu Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam ) dan Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng (Tanjong Piai)? Apa yang dia marah sangat dengan pemimpin-pemimpin MCA sampai minta Yang Di-Pertua Dewan Rakyat mengalihkan tempat mereka ke blok pembangkang?

YB Kepong sedar tak, bukan dua ahli Parlimen MCA ini sahaja yang tidak hadir pada sesi mengundi Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) (Pembubaran) 2024 semalam?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun) ; Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) ; Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya) ; Datuk Seri Mohamad Hasan (Rembau) ; Nga Kor Ming (Teluk Intan) ; Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak) juga antara yang tidak hadir. Adakah mereka ini juga perlu dialihkan ke blok pembangkang?

Hentikanlah sifat bodoh sombong yang tak habis-habis itu. Jangan 'tembak kaki sendiri'. Selesaikan isu integriti dan permasalahan rakyat di kawasan sendiri dahulu.

Neow Choo Seong
Ketua Penerangan Pemuda
27 Jun 2024

- PENERANGAN MCA