Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 dikritik hebat oleh peminat sukan tanah air di media sosial yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan rekaan tersebut.

Bukan itu sahaja, pakaian rasmi itu juga dilihat tidak membangkitkan semangat kesukanan berbanding dengan rekaan sebelum ini.

Lebih mengecewakan apabila Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengeluarkan kenyataan 'lepas tangan' berhubung isu ini. Adakah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa pakaian rasmi tersebut di bawah tanggungjawab Malaysia Olimpik Malaysia (MOM) dan di luar bidang kuasa KBS, isu ini dianggap selesai?

Sebagai Menteri, adakah Hannah tidak boleh bersuara langsung atau memberi pendapat? Apakah status Menteri itu tidak 'laku'?.

Pakaian sukan rasmi kontinjen negara seharusnya menggunakan warna-warna dan corak yang membangkitkan semangat kesukanan, ia sekaligus dapat melahirkan rasa bangga atlet negara yang membawa imej Malaysia ketika memakainya.

Tidak perlu 'berkira' dengan atlet negara, kerana mereka ini membawa nama negara dan jika mereka berjaya mencipta kemenangan, pasti nama Malaysia menjadi sebutan. Ia sekaligus memberi pulangan kepada Malaysia, untuk lebih dikenali dan disegani di mata dunia.

SAW YEE FUNG
SETIAUSAHA AGUNG PEMUDA MCA
25 JUN 2024

- PENERANGAN MCA