MENGENAI PEMUDA MCA

Youth Group Picutre

Pemuda MCA sering digambarkan sebagai barisan hadapan MCA. Komposisinya, fungsi, dan tanggungjawabnya berdasarkan atas peraturan, arahan dan undang-undang kecil yang digubal oleh Jawatankuasa Pusat MCA dari semasa ke semasa sepertimana yang dinyatakan di bawah Perkara 162 dan Perkara 163 dalam Perlembagaan Parti.

Pada masa awal, seksyen Pemuda MCA hanya merupakan unit-unit individu yang terikat kepada badan utama MCA. Pada tahun 1958, kesemua unit-unit ini digabungkan dan dinamakan “Pemuda MCA” dan diberi sistem organisasi komprehensif tersendiri.

Tanggungjawab utama sayap Pemuda MCA dalam tahun-60an adalah untuk menperkuatkan organisasi Seksyen Pemuda dengan menarik lebih ramai orang untuk menyertai MCA.

Dalam tahun-70an, seksyen Pemuda MCA mula menonjol sebagai barisan pertama untuk MCA, dan telah membantah apa-apa tindakan atau polisi yang tidak munasabah dan adil yang mampu mengancam kepentingan masyarakat Cina. Melalui fungsinya sebagai sebuah pasukan pembela, Pemuda MCA telah mewujudkan imejnya sebagai sebuah pasukan yang bersikap “berani kerana benar” dari segi percakapan dan tindakan.

Semasa tahun-80an, Pemuda MCA terus memperkuatkan peranannya sebagai barisan hadapan MCA. Pada tahun-90an, negara telah mula menerima pakai dasar-dasar terbuka, dan bukan lagi polisi yang berteraskan perkauman. Bersamaan itu, Pemuda MCA telah mengamal polisi moderasi dan kesederhanaan, dan telah bekerjasama dengan seksyen pemuda dari persatuan-persatuan Cina serta universityi dan kolej untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara dan masyarakat.